Tuesday, July 14, 2009

CUTI CUTI MALAYSIA
























Mengabadikan Saat Indah


Trip to Kundasang - Day 1

08 Jun 2009

0945am. Bertolak dr rumah di Putatan, KK
1045am – 1110am. Berhenti di Pekan Inanam untuk mengisi minyak kereta,singgah di bank serta beli kudap-kudapan anak-anak.

1115am. Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Wowwww……. perjalanan yang amat adventureeee…mendebarkan n merbahaya sebab kata anak Fizah, jalannya bengkang bengkok mcm ular berjalan la, pulak tu kiri kanan banyak gaung menakutkan serta bergunung ganang. Makin tayar prado bergolek makin dekat kami dengan keindahan gunung kinabalu yang tersergam indah.

1240pm 1320pm. Tiba la kami kat Gerai Pekan Nabalu. Subhanallah….Cantik betul permandangan kat sini kagum melihat gunung ciptaan Illahi. Tak puas di bawah kami panjat menara. Rasa nak peluk cium aje gunung tu. Sambil2 tu jengok2 pulak kat gerainya tu dan beli cenderakenangan.

1320pm – 1350pm. Sambung perjalanan dan tiba di Mt. Kinabalu park. Masuk aje kena bayar tiket RM8. Umur 18 thn ke atas caj RM3, kanak2 bwh 18 thn ke bwh RM1. Pi la d kaunter pertanyaan tanya apa yg ingin tahu sambil ambil gambar.

1415pm – 1430pm. Teruskan perjalanan yang penuh adventure ke Pekan Kundasang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak resort-resort di kiri kanan jalan ada atas bukit dan ada di lereng-lereng bukit. Sejuk betul tak payah pasang acon kereta dan sudah tentu rumah2 orang kat sini save betul tak perlu beli kipas atau acon. Memang pun…dan paling sesuai untuk orang baru kahwin dan yg dah kahwin pun bole berbulan madu. Hehehehe…

1430pm – 1515pm. Kami singgah la makan kat kedai makan di pekan ni sambil2 melihat keindahan bumi Allah ni.

1515pm – 1530pm. Singgah nak menginap kat Mt. Kinabalu Heritage Resort & Spa(Perkasa Hotel), tapi malangnya penuh pulak da...tapi takpe chalet ada 4 kosong kami pun bayar RM390 + breakfast, menginaplah. Best juge la macam kat pergunungan Eropah or Kashmir Iindia pulak sebab bukan saja chalet nya cantik tapi persekitaran dgn pokok pine nye dan menghadap gunung besar lagi tinggi gagah berdiri, cantikkkk sunguhhhh... sedap mata memandang. sehinggalah jam 1000am pagi keesokkannya kami check out. Nak tau lebih lanjut bole layari http://www.mountkinabaluheritageresort.com.my/

di bawah ni video Pekan Nabalu

v








DAY 2


































09 Jun 2009
1005am – 1015am. Kami bertolak ke destinasi Kinabalu Pine Resort. Alaaa sebelah aje turun bukit dan naik bukit balik…jalan nya bukan tar tapi simen adventure juge. Tak cekap silap2 mengelongsor kereta. Kami pun tempahlah bilik hanya RM152 aje sebab wife kakitangan kerajaan. So bermalamlah sampai jam 1000am esok nya kami check out. Nak tau lebih lanjut bole layari http://www.kinabalupineresort.com/resort/

Video antara Nabalu ke Kundasang


Day 3




























10 Jun 2009
1000am – 1045am. Meneruskan destinasi yang diharap-harapkan anak2 kami menuju ke Poring Hot Spring melalui Pekan Ranau hanya 19 Km aje. Melalui jalan kampong yang cantik pemandangannya. Memandangkan kami dah bayar tiket RM8 masa singgah Mt. Kinabalu park, jadi bila masuk ke pos nak ke Hot Spring tak perlu bayar lagi. Kecuali nak masuk mandi di kolam nya terpaksalah kena bayar RM3 dewasa dan RM1. kanak2 bawah 6 tahun percuma. Lagi best kat sini..maalumlah lama tak berenang kat kolam, asyik2 mandi laut aje.
Kalau kat laut kita akan tertelan air payau masin nye. Tapi kat kolam ni terpaksalah telan air klorin/tawas dan air2 dari badan pelbagai peringkat usia pengunjung…hentam aje la. Lama juge kami mandi sampai 2 jam. Lepas tu beralih pula pi rendam kaki kat pondok air suam2 panas tu. Dari jam 1100am sampailah jam 1400pm bersantai kat poring ni. Seronok anak-anak dapat mandi kolam rasa diaorang kalau bole mau tidur aje kat situ. Nak tau lebih lanjut bole layari http://www.sabahtourism.com/en/destination/60-poring-hot-spring-phs/






































DAY 4

10 - 11 Jun 2009
1400pm – 1500pm. kami menyinggah lagi kat Pekan Kundasang. Ingat nak tidur kat The Cottage Hotel tapi macam tak berapa syok la sebab kedudukannya macam berada di paras lutut gunung. Hanya tangkap gambar, video, beli sayur, buahan dan landing makan sayap ayam aje. Berat hati nak meninggalkan Kundasang dan pemandangan gunung kinabalu yang sungguh cantik lagi menakjubkan juga bumi ciptaan Illahi ini.

1615pm – 1730pm. Kami meneruskan destinasi santai terakhir kat Mimpian jadi Resort, Tuaran. Jaraknya hanya 12 KM dari Bandar Tuaran. Bestnya persekitaran resort ni. Bilik penginapan dan di laman luar di payungi pokok kelapa pulak tu serta bersebelahan menghadap pantai. Memang cantik sedap mata memandang dan tenang fikiran rasanya mau seminggu berada kat sini. Paling seronok dapat mandi kolam lagi. Santailah kami sampailah check out jam 1200 pm keesokkannya. Nak tau lebih lanjut bole layari http://www.mysabah.com/wordpress/?p=338

11 Jun 2009
1215pm. kami pun beredar lah pulang ke rumah setelah 3 hari bersantai sempena cuti sekolah ni.

No comments:

Post a Comment